Salam 4Wheelers..
Selepas dinilai semula cadangan melalui "Private Message" serta sokongan sahabat handai yang tidak berbelah bagi, maka blogspot ini akan terus dipergiatkan untuk memenuhi cerita, berita serta scenario alam 4x4 di Malaysia yang semakin hari semakin meriah dengan kewujudan persatuan dan kelab yang hebat hebat belaka..tahniah dan terima kasih juga kerana menyokong M4W dari jauh..
|
konvoi menuju kelokasi yg dirahsiakan...! |
Didalam pada itu, berita 'terperap' kini di persiarkan untuk tatapan para pelawat yang setia disini. Baru baru ini (ketika dibulan Syawal), sempat juga M4W menganjurkan Majlis Raya Sakan pada minggu ketika bulan tersebut. Gabungan penganjuran serta sambutabn secara perkongsian telah berjaya dilaksanakan dengan Che Sue sebagai 'Project Manager' untuk program tersebut.
|
Hidangan Istimewa dari Medklin... |
|
Che Sue bagi duit Raya...! |
|
Lazat hidangannya... |
|
Persiapan untuk makan..! |
|
Ahlil Musik yg menceriakan Hari Raya |
Ini adalah yang julung kalinya diadakan selepas melihatkan komitment rakan2 sudah berada diperingkat yang sangat selesa, maklum saja..M4W ni bukan kelab yang berdaftar..tapi masih juga mampu untuk merelisasikan kemuncak acara ini berdasarkan semangat 4x4 yang tinggi. Seharusnya penanda aras seperti ini kena diambil kira serta dipergiatkan lagi untuk program-program yang akan datang.
Majlis Raya Sakan ini telah diadakan di daerah Tg Malim, di dalam sebuah kebun persendirian milik sahabat kami yang hanya mahu dikenali sebagai Aidi. Lokasi ini memang bersih serta cantik dipenuhi dengan dusun buahan tempatan yang enak..dan terdapat sungai yang sesuai untuk anak anak serta keluarga bersantai. Dengan berpakaian lengkap berbaju Melayu dan Baju Kurung, acara menikmati hidangan istimewa Hari Raya khas untuk semua..memang Raya Sakan..!!
|
M4W dan Famili |
Sebagai menghormati Tuan rumah, M4W turut menyediakan cenderamata sebagai tanda persahabatan dan terima kasih atas kesudian beliau membenarkan kami menggunakan kawasan kebunnya untuk program ini. Syabas dan Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini dan kesudian menaja banyak hidangan untuk menjamu semua yang hadir.
Terima kasih semua..moga kita jumpa for our next event...!
No comments:
Post a Comment