Friday, December 26, 2014

Bantuan Banjir Pantai Timur

Salam kesedihan...apabila menyaksikan suasana bencana banjir yang melanda negeri-negeri sebelah pantai timur sekian hari semakin buruk...tidak ada belas kasihan apabila alam semulajadi tidak mampu lagi bertahan...kenaikan paras air yang mendadak lagi ganas. Kesempatan untuk menyelamatkan peralatan di rumah hanya sesingkat masa... lihat saja derasnya air membadai rumah yang langsung terseret beberapa ratus meter dari keadaan asalnya...bahaya sengsara ini memang dirasai..berat mata yang memandang...apatah lagi untuk mereka yang mengalaminya.

photo ini dirakam sekitar Jerantut..pinjam dari rakan

Didalam kesedihan ini, kita ingin memberi tabik hormat kepada para sukarelawan dari kelab kelab pacuan 4 roda yang bergandingan tangan untuk menganjurkan misi bantuan. Menghantar barangan sumbangan seperti keperluan harian kepada mangsa yang terlibat tanpa mengenal bangsa mahupaun agama mereka. Ini semangat orang Malaysia yang tidak pernah luput sejak berkurun lamanya..suka membantu antara satu sama lain...

Tidak terkecuali dan yang paling utama kepada para anggota penyelamat seperti Bomba, Tentera, Polis, JPAM dan semua agensi kerajaan yang menjalankan tugas dengan tidak menghirau akan masa, tempat mahupun keadaan.

Sekadar pandangan peribadi saya, ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin untuk memulakan operasi bantuan ini tanpa perlu tunggu arahan orang lain...inisiatif leaders dalam satu satu kelab atau agensi memang sangat dikagumi....tapi pada masa yang sama keterujaan ini seolah olah macam satu pesta pun ada juga... pusat-pusat pengumpulan barangan sumbangan kelihatan banyak dikendalikan dilokasi sekitar Kuala Lumpur...memang gempak semangat mereka ini..! tersusun lori serta kenderaan jenis pikap yang akan digunakan untuk tujuan delivery...syabas semua..

Lokasi pengumpulan barangan sumbangan
Sehubungan dengan gerakan mencari sumbangan itu, kita harapkan agar keghairahan mengumpul sumbangan ini dapat di salurkan sebaik mungkin kepada mangsa yang terlibat. Penganjur pula kena susun strategi dalam urusan penghantaran ini dengan seberapa kemas..tidak mahu berlaku keadaan dimana kejadian 'overflow' barangan sumbangan yang di terima tidak dapat dihantar terus ke mangsa...malah terlambak begitu sahaja di pusat pengumpulan..

Secara Teknikalnya, pengendali pula kena get ready dengan persiapan bukan setakat kenderaan 4x4 itu sendiri, malah sebaiknya membawa bersama kemudahan seperti jetski, boat dan enjin untuk tujuan penghantaran yang lebih efektif. Jika tidak...terlambakan barangan akan berlaku lagi...

Memantau secara harian melalui media elektronik yang lebih sahih, nampak dengan jelas bahawasanya...amatlah sukar sama sekali bagi kenderaan daratan untuk bergerak dengan lebih efektif. Maka perlu ada pengendali utama yang mengemaskini informasi dari aspek  Geografikal kepada lokasi yang disasarkan supaya dapat identify laluan selamat dan dapat digunakan bagi mempermudahkan semua operasi penghantaran atau misi yang berkaitan. Secara keseluruhannya, misi ini perlu diperjelaskan tugasannya, kepada semua yang terlibat supaya penyumbang tenaga tidak terpinga-pinga sebaik tiba dilokasi...

Pembahagian makanan dipusat pemindahan
Kepada mangsa banjir pula, diharap dapat berdoa agar ditambahkan kekuatan untuk menahan kesabaran sementara menunggu kemasukkan bantuan daripada semua pihak. Mungkin ada sebab jugak akan kelewatan supplies yang dihantar..sebabnya yang tukang hantar pun kena justify keadaan akses yang digunakan malah mereka jugak kena meletakkan keselamatan mereka sendiri juga dihadapan sebelum membantu orang lain.
copied from FB

Peringatan..! Harus di ingat..kepada yang menyumbang pakaian terpakai..ini bukanlah ruang atau peluang untuk anda membuat pembersihan almari buruk yang ada kat rumah tu....kalau hajat nak menyumbang, pakaian tu biarlah sempurna..okay...!!!

Sekali lagi...tahniah dan tabik hormat untuk semua..khususnya penggiat sukan 4x4 di Malaysia.

P/S : Negeri sebelah utara jangan lupa..mereka pun kena jugak banjir.
Tagline Offroaders terkini : We cannot go fast..but we can go anywhere...!

Sunday, December 7, 2014

M4W & Frenz Gathering Day 2014

 Salam 4Wheelers...

Malaysian4Wheelers bersama YB Amirudin Shari

Akhirnya selepas 8 minggu berusaha untuk menganjurkan program ini, kami berjaya juga mengumpulkan wakil wakil penggiat aktiviti 4x4 untuk hadir dalam satu majlis yang ringkas namun kami percaya ianya bermakna untuk semua yan hadir pada pagi itu.  

Objektif tidak ada yang lain selain mahu mewujudkan kolaborasi sihat sesama offroaders dan golongan aktiviti sukan gerak kerja luar dengan sebaik mungkin. Melebar maklumat tentang perlu ada kesedaran bagi mengekalkan hasil hutan, flora dan fauna nya.  Mahu juga golongan 4x4 ini dianggap sebagai penyumbang dalam masyarakat dan memberitahu bahawasanya offroaders yang genuine sangat sangat mengamalkan ilmu yang baik didalam eksplorasi yang dilaluinya.  


Tak perlu ditolok tentang betapa sukses nya acara ini tapi yang paling penting networking akan terus berjalan seperti biasa malah akan lebih kukuh silatulrahim yang wujud sesama kita yang menyukai sukan ekspedisi 4x4. Yang paling best...rakan rakan 'big bikers'...pendaki gunung....penunggang basikal gunung..dan beberapa komuniti lain turut sama menyumbangkan masa untuk hadir...ini percubaan terbaik yang M4W pernah buat....mungkin kerana belum ada acara yang serupa ini dibuat dikalangan kita...apa salahnya kalau kita buat ini sebagai satu 'trend setter' yang memberi faedah kepada semua...bukan kena bayar pun...kita ajak sebab nak berjumpa, bermesra, berkenalan..makan bersama..kan meriah tu...! maklum saja..Malaysian4Wheelers pun masih baru dan mahu mengutip pengalaman serta pandangan dari 'jiran tetangga' yang sudah sekian lama bersaing di persada dunia aktiviti ini.
YB Amiruddin Shari ( Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Selangor)
menerima cenderamata dari wakil Malaysian4Wheelers
wakil "Pecah 4x4" dalam sesi Ice Breaking..!
lokasi di Ulu Yam
Nyata sekali kehadiran peserta yang diluar dugaan telah menggalakkan suasana suai kenal secara tidak langsung dengan acara 'Ice Breaking' yang memberi ruang kepada wakil dari setiap kumpulan/kelab/komuniti untuk memperkenalkan misi dan visi mereka. Kita memang dah nampak peluang seperti ini memang jarang diketengahkan..disebabkan itu, banyak rakan rakan lebih suka menyendiri (low profile..katanya..!) tapi dari aspek positifnya dengan adanya ruang begini..boleh lah setidak tidaknya jadi satu platform pelontar pandangan yang terbaik sebagai aspirasi generasi muda 4x4 yang dengarnya semakin giat bereksplorasi..yang kadang kadang tanpa garis panduan yang jelas tentang persiapan kelengkapan kenderaan, mental mahupun fizikal.
  

Demonstrasi menyelamat kenderaan (recovery) 

antara rakan rakan yang hadir 
Cenderamata untuk AD Time Sdn Bhd


Dipenghujung acara, sempat juga kita memberi peluang kepada hadirin untuk 'joy ride'. Merasa sendiri kenikmatan offroading secara langsung...bagi diaorang 'racun' sikit sebagai pendorong untuk mereka 'terjebak' dalam bidang ini. Ilmu yang baik seharusnya disalur dengan sebaik mungkin agar penerimanya dapat menggunakan ilmu itu kearah yang lebih baik dan langsung disalur kepada pendatang baru dan seterusnya diamalkan sepanjang zaman tanpa ditinggalkan begitu sahaja.

Syabas kepada semua yang hadir serta menyokong dari jauh..mungkin tak sempat nak hadir oleh kerana komitment tugas dan macam macam lagi urusan..namun begitu M4W sangat berterima kasih dan memberi tabik hormat kepada leaders yang tetap menghantar wakil mereka bagi memenuhi jemputan ini yang kami anggap ianya satu penghormatan bagi kedua dua belah pihak. 

Kita jumpa lagi di lain acara..terima kasih..!!