Sekadar berkongsi padangan serta photo yang lazimnya boleh dilihat dengan lebih meriah lagi jika di layari melalui FaceBook. Demi untuk menyalur nafas kepada pendekatan maklumat melalui blogspot ini, kita bentangkan serba sedikit info serta lakaran yang menjadi punca memori kepada setiap penganjuran trip offroading bagi tahun 2014.
Tidak kurang juga kepada trip bukan 'offroading' tetapi lebih kepada session berjumpa rakan dan sahabat handai yang mempunyai hobi yang sama di negara seberang. Menimba ilmu biarlah sampai ke negara China..itu kata pepatah orang orang tua...tapi kita belum lagi bersedia untuk ke China...cukuplah sekadar ke negara seberang..bukan orang lain..serumpun lagi...!
Bahagian ini memerlukan anda sedikit serius untuk membacanya...serius okayy....hehehhe.!
Pendekatan M4W dalam setiap penganjuran acara mereka ini mahukan pertumbuhan networking yang kekal dapat 'di benefitkan oleh semua penggiat 4x4 dalam Malaysia. Bukan mahu mendabik dada, tapi hasrat mahukan sebaik baiknya semua aktiviti 4x4 dapat di letakkan dalam satu kalendar tahunan sukan 4x4 tanahair..gitewww...! Ataupun konsep kolaborasi dalam setiap penganjuran event 4x4 dapat di buat dengan lebih kerap. Tahniah kepada beberapa kelab yang dilihat sekarang sedang sibuk menguruskan tugasan misi bantuan dan sebagainya...itu pun contoh yang harus dilakukan..
Sebagai memberi pandangan lain..Ibu/Bapak Presiden ataupun Bosses dalam kelab-kelab tempatan juga kena lebih agreasif dalam menjanakan program yang mendapat penyertaan secara menyeluruh lebih lebih lagi acara yang berskala antarabangsa mahupun peringkat nasional. Kita kecualikan acara kecil kecilan kerana tumpuan nya mungkin untuk kelab itu sendiri..
Kemboree Sahabat 4x4 di Sg Lembing |
Delegasi M4W di Jakarta |
Secara keseluruhan di Malaysia kita belum ada apa apa masalah pasal 4x4 ni..cumanya dilihat dari 'Bird Eye View', dah tiba masanya..kelab kelab yang punya platform tinggi dan terkenal mesti dan harus menggunakan peluang untuk 'mengangkat' sukan 4x4 sebagai sesuatu yang penting untuk negara. Buatkan supaya aktivitinya, samada kategori sukan cabaran mahupun sukan eksplorasi nya ataupun aktiviti sosial kepada masyarakat itu berada dalam kalendar penting untuk diberi perhatian oleh semua warga Malaysia..biar ada tumpuan supaya penggiat aktiviti 4x4 ini bukan sekadar sukan hobi..malah turut mendapat pulangan informasi tepat dengan pengalaman yang baik.
Apabila dipantau secara menyeluruh, kita masih terbaik dalam apa segi pun...takda apa-apa masalah punnn..lokasi offroading pun masih ada..walapun akses nya semakin mengurang..cuma kena rajin cari la....explorasi terbaharu masih agak terhad..nak buat macamana...pembangunan negara harus diteruskan..maka berlakulah limited zone untuk 4wheelers menikmatinya..
POS Telanok |
Rui Mendes Solo ASEAN Expedition |
Melihatkan aktiviti 4x4 ditanahair kita semakin memuncak..ada baiknya kita fikirkan agar ada insiatif untuk meletakkan ianya setanding dengan aktiviti motorsports yang lain. Letakkan kepentingan peribadi ketepi...penyelarasan rules & regulation, calendar challenge secara terkawal dan macam macam lagi boleh dibuat bagi mencantikkan semuanya..agar tak berlaku pertindihan acara dan sebagainya...fikirkan secara meluas dan rasional...pengabungan kelab-kelab mungkin..?..dibawah satu Majlis ataupun Federasi contohnya...tapi maaf cakap lah...biarlah ianya diterajui oleh seorang tokoh nasional berkredibility serta punyai pengaruh kuat tetapi neutral...sebabnya 'tak semua orang makan beras yang sama'..korang kena fikir lah sendiri apa maksudnya...Wassalam...!
M4W mengucapkan..Selamat Tahun Baru 2015..moga tercapai sudah impian anda di tahun 2014...
Selamat kembali kepada rakan2 yang menyertai International Rainforest Challenge 2014 jugak..
Selamat kembali kepada rakan2 yang menyertai International Rainforest Challenge 2014 jugak..
Ayuh kita set kan benchmark yang baru pulak....!!
No comments:
Post a Comment