Salam 4Wheelers...
|
Malaysian4Wheelers bersama YB Amirudin Shari |
Akhirnya selepas 8 minggu berusaha untuk menganjurkan program ini, kami berjaya juga mengumpulkan wakil wakil penggiat aktiviti 4x4 untuk hadir dalam satu majlis yang ringkas namun kami percaya ianya bermakna untuk semua yan hadir pada pagi itu.
Objektif tidak ada yang lain selain mahu mewujudkan kolaborasi sihat sesama offroaders dan golongan aktiviti sukan gerak kerja luar dengan sebaik mungkin. Melebar maklumat tentang perlu ada kesedaran bagi mengekalkan hasil hutan, flora dan fauna nya. Mahu juga golongan 4x4 ini dianggap sebagai penyumbang dalam masyarakat dan memberitahu bahawasanya offroaders yang genuine sangat sangat mengamalkan ilmu yang baik didalam eksplorasi yang dilaluinya.
Tak perlu ditolok tentang betapa sukses nya acara ini tapi yang paling penting networking akan terus berjalan seperti biasa malah akan lebih kukuh silatulrahim yang wujud sesama kita yang menyukai sukan ekspedisi 4x4. Yang paling best...rakan rakan 'big bikers'...pendaki gunung....penunggang basikal gunung..dan beberapa komuniti lain turut sama menyumbangkan masa untuk hadir...ini percubaan terbaik yang M4W pernah buat....mungkin kerana belum ada acara yang serupa ini dibuat dikalangan kita...apa salahnya kalau kita buat ini sebagai satu 'trend setter' yang memberi faedah kepada semua...bukan kena bayar pun...kita ajak sebab nak berjumpa, bermesra, berkenalan..makan bersama..kan meriah tu...! maklum saja..Malaysian4Wheelers pun masih baru dan mahu mengutip pengalaman serta pandangan dari 'jiran tetangga' yang sudah sekian lama bersaing di persada dunia aktiviti ini.
|
YB Amiruddin Shari ( Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Selangor) menerima cenderamata dari wakil Malaysian4Wheelers |
|
wakil "Pecah 4x4" dalam sesi Ice Breaking..! |
|
lokasi di Ulu Yam |
Nyata sekali kehadiran peserta yang diluar dugaan telah menggalakkan suasana suai kenal secara tidak langsung dengan acara 'Ice Breaking' yang memberi ruang kepada wakil dari setiap kumpulan/kelab/komuniti untuk memperkenalkan misi dan visi mereka. Kita memang dah nampak peluang seperti ini memang jarang diketengahkan..disebabkan itu, banyak rakan rakan lebih suka menyendiri (low profile..katanya..!) tapi dari aspek positifnya dengan adanya ruang begini..boleh lah setidak tidaknya jadi satu platform pelontar pandangan yang terbaik sebagai aspirasi generasi muda 4x4 yang dengarnya semakin giat bereksplorasi..yang kadang kadang tanpa garis panduan yang jelas tentang persiapan kelengkapan kenderaan, mental mahupun fizikal.
|
Demonstrasi menyelamat kenderaan (recovery) |
|
antara rakan rakan yang hadir |
|
Cenderamata untuk AD Time Sdn Bhd
Dipenghujung acara, sempat juga kita memberi peluang kepada hadirin untuk 'joy ride'. Merasa sendiri kenikmatan offroading secara langsung...bagi diaorang 'racun' sikit sebagai pendorong untuk mereka 'terjebak' dalam bidang ini. Ilmu yang baik seharusnya disalur dengan sebaik mungkin agar penerimanya dapat menggunakan ilmu itu kearah yang lebih baik dan langsung disalur kepada pendatang baru dan seterusnya diamalkan sepanjang zaman tanpa ditinggalkan begitu sahaja.
Syabas kepada semua yang hadir serta menyokong dari jauh..mungkin tak sempat nak hadir oleh kerana komitment tugas dan macam macam lagi urusan..namun begitu M4W sangat berterima kasih dan memberi tabik hormat kepada leaders yang tetap menghantar wakil mereka bagi memenuhi jemputan ini yang kami anggap ianya satu penghormatan bagi kedua dua belah pihak.
Kita jumpa lagi di lain acara..terima kasih..!!
|
No comments:
Post a Comment