Friday, December 26, 2014

Bantuan Banjir Pantai Timur

Salam kesedihan...apabila menyaksikan suasana bencana banjir yang melanda negeri-negeri sebelah pantai timur sekian hari semakin buruk...tidak ada belas kasihan apabila alam semulajadi tidak mampu lagi bertahan...kenaikan paras air yang mendadak lagi ganas. Kesempatan untuk menyelamatkan peralatan di rumah hanya sesingkat masa... lihat saja derasnya air membadai rumah yang langsung terseret beberapa ratus meter dari keadaan asalnya...bahaya sengsara ini memang dirasai..berat mata yang memandang...apatah lagi untuk mereka yang mengalaminya.

photo ini dirakam sekitar Jerantut..pinjam dari rakan

Didalam kesedihan ini, kita ingin memberi tabik hormat kepada para sukarelawan dari kelab kelab pacuan 4 roda yang bergandingan tangan untuk menganjurkan misi bantuan. Menghantar barangan sumbangan seperti keperluan harian kepada mangsa yang terlibat tanpa mengenal bangsa mahupaun agama mereka. Ini semangat orang Malaysia yang tidak pernah luput sejak berkurun lamanya..suka membantu antara satu sama lain...

Tidak terkecuali dan yang paling utama kepada para anggota penyelamat seperti Bomba, Tentera, Polis, JPAM dan semua agensi kerajaan yang menjalankan tugas dengan tidak menghirau akan masa, tempat mahupun keadaan.

Sekadar pandangan peribadi saya, ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin untuk memulakan operasi bantuan ini tanpa perlu tunggu arahan orang lain...inisiatif leaders dalam satu satu kelab atau agensi memang sangat dikagumi....tapi pada masa yang sama keterujaan ini seolah olah macam satu pesta pun ada juga... pusat-pusat pengumpulan barangan sumbangan kelihatan banyak dikendalikan dilokasi sekitar Kuala Lumpur...memang gempak semangat mereka ini..! tersusun lori serta kenderaan jenis pikap yang akan digunakan untuk tujuan delivery...syabas semua..

Lokasi pengumpulan barangan sumbangan
Sehubungan dengan gerakan mencari sumbangan itu, kita harapkan agar keghairahan mengumpul sumbangan ini dapat di salurkan sebaik mungkin kepada mangsa yang terlibat. Penganjur pula kena susun strategi dalam urusan penghantaran ini dengan seberapa kemas..tidak mahu berlaku keadaan dimana kejadian 'overflow' barangan sumbangan yang di terima tidak dapat dihantar terus ke mangsa...malah terlambak begitu sahaja di pusat pengumpulan..

Secara Teknikalnya, pengendali pula kena get ready dengan persiapan bukan setakat kenderaan 4x4 itu sendiri, malah sebaiknya membawa bersama kemudahan seperti jetski, boat dan enjin untuk tujuan penghantaran yang lebih efektif. Jika tidak...terlambakan barangan akan berlaku lagi...

Memantau secara harian melalui media elektronik yang lebih sahih, nampak dengan jelas bahawasanya...amatlah sukar sama sekali bagi kenderaan daratan untuk bergerak dengan lebih efektif. Maka perlu ada pengendali utama yang mengemaskini informasi dari aspek  Geografikal kepada lokasi yang disasarkan supaya dapat identify laluan selamat dan dapat digunakan bagi mempermudahkan semua operasi penghantaran atau misi yang berkaitan. Secara keseluruhannya, misi ini perlu diperjelaskan tugasannya, kepada semua yang terlibat supaya penyumbang tenaga tidak terpinga-pinga sebaik tiba dilokasi...

Pembahagian makanan dipusat pemindahan
Kepada mangsa banjir pula, diharap dapat berdoa agar ditambahkan kekuatan untuk menahan kesabaran sementara menunggu kemasukkan bantuan daripada semua pihak. Mungkin ada sebab jugak akan kelewatan supplies yang dihantar..sebabnya yang tukang hantar pun kena justify keadaan akses yang digunakan malah mereka jugak kena meletakkan keselamatan mereka sendiri juga dihadapan sebelum membantu orang lain.
copied from FB

Peringatan..! Harus di ingat..kepada yang menyumbang pakaian terpakai..ini bukanlah ruang atau peluang untuk anda membuat pembersihan almari buruk yang ada kat rumah tu....kalau hajat nak menyumbang, pakaian tu biarlah sempurna..okay...!!!

Sekali lagi...tahniah dan tabik hormat untuk semua..khususnya penggiat sukan 4x4 di Malaysia.

P/S : Negeri sebelah utara jangan lupa..mereka pun kena jugak banjir.
Tagline Offroaders terkini : We cannot go fast..but we can go anywhere...!

2 comments:

As_One said...

Banyak berlaku sumbangan kain burok... hampa sebagai penerima...

Malaysian4Wheelers said...

Seperti yang dijangka..akan berlaku..sabar je la..
Niat mmg betul..tapi disebalik tu ada niat yg kurang suci..Allah saja yang membalasnya..