Tuesday, February 22, 2011

XPDC Chengal Besar..here we come..!

XPDC akan berlangsung seperti yang telah dijadualkan. Oleh itu para peserta sila hubungi M4W melalui email atau mobile phone jika anda masih tidak mendapat aturcara program secara detail.

Perlu diingatkan bahawa, semua peserta mesti berkumpul di TESCO Extra Cheras pada jam 6pm 24hb Feb 2011. A special dinner to be served for all the participants sponsored by CRAVINGS KITCHEN & BISTRO sebelum kita bergerak.
Jumpa disana and have fun.

Friday, February 18, 2011

Latest Merchandise : M4W Lnyard


Special Edition Lnyard ini disesuaikan untuk menggantung kunci kenderaan anda. Sememangnya sesuai untuk 4Wheelers yang lebih gemar bersantai dan mudah untuk membawa kunci kenderaan sambil diikat dengan 'Lnyard'. Kadang2 kunci boleh tercicir semasa dalam kesibukan sebaik tiba di lokasi campsite. Oleh kerana itu, M4W datang membawa era baru bagi semua untuk memastikan agar kunci anda diikat dan digantung dileher dengan menggunakan 'Lnyard' yang kalis air ini.

Production yang terhad ini sedang hangat dijual semasa di Karnival WOW Putrajaya dan yang terhampir adalah pada Ekspedisi Chengal Besar pada 24-26 Feb akan datang. Oleh itu, jangan lah tunggu lagi bang..! beli lah dengan cepat...hubungi M4W untuk mendapatkan stock yang limited ini. Pembelian melebihi 3 unit akan mendapat 1 keping sticker secara percuma.

Quotes of the day : Good Guys Stay at home, only GREAT Guys go for Offroading..!

Wednesday, February 16, 2011

Karnival WOW Putrajaya 11-13 Feb 2011 : Memang WOW..!



Baru baru ini M4W telah menumpang untuk mempromosi aktiviti 4x4 di Karnival WOW dengan kerjasama Red Adventure. Sekadar membantu mewarnakan lagi karnival tersebut bersama penggiat sukan outdoor yang lain.

Apa yang menariknya, berbagai aktiviti dan jualan promosi diadakan didalam karnival yang melibatkan berbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat. Selain itu terdapat persembahan 'stunt' bermotorsikal oleh ATM...memang hebat..! Sebelah malamnya ada konsert yang menampilkan legend rock tanahair...best..!

Terima kasih kepada mereka yang memberi peluang kepada M4W untuk mengadakan promosi aktiviti 4x4 kepada masyarakat yang ingin tahu tentangnya. Banyak juga orang yang singgah dan membeli cenderamata berjenama Malaysian4Wheelers disana.

Jika dimasa akan datang, ada mempunyai ruang booth dalam karnival atau apa saja pesta untuk dikongsi, harap dapat info pada M4W untuk sama2 membantu mempromosi aktiviti 4x4 kepada semua.

"Good Guys Stay at Home...only GREAT guys go offroading..!"

Selamat Rolling..!

Sunday, January 30, 2011

FT Day, Gong Xi Fa Chai and Offroading..?

Salam 4Wheelers..

Cuti panjang minggu ini bersempena dengan sambutan Hari Kuala Lumpur dan Tahun Baru Cina akan digunakan sebaik mungkin oleh semua 4wheelers. Mungkin akan ke lokasi tertentu untuk offroading bersama keluarga dan rakan rakan. Campsite juga dijangka akan penuh macam pasar malam or Uptown Danau Kota. Tapi itulah kenyataannya supaya cuti itu tidak di sia-sia kan, elok lah kiranya anda teruskan niat offroading itu, dapat juga melepaskan keinginan selepas sibuk menumpukan hal hal kerja dan keluarga.
Seperti sedia maklum, cuaca hujan sekarang ini memang sesuai untuk offroading tetapi harus diberi penekanan tentang persiapan kenderaan supaya tidak memudaratkan diri sendiri. Malah baru baru ini M4W diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa laluan untuk ke Endau Rompin pun tidak selamat untuk digunakan jika ada rakan rakan yang berhajat kesana dalm tempoh terdekat ini. Hujan berterusan telah menyebabkan beberapa air sungai naik mendadak dan dikhuatiri amat merbahaya untuk pengunjung. Laluan masuk utama juga mengalami keadaan yang sama. Untuk kebaikan dan keselamatan, maka 'safety must come first'.
M4W mengambil ruang ini bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat diatas, tetapi juga nak mengucapkan selamat Gong Xi Fa Chai kepada semua rakan Malaysian4Wheelers berketurunan Cina yang menyambutnya pada 3hb Feb ini. Semoga prosperity akan berterusan sehingga ke akhir zaman. For those who tumpang this celebration..drive carefully on your way back to hometown...dont drink and drive..do sleep while you're not drive..=)
Wish all followers and friends a very GONG XI FA CHAI..
May your Centipede will keep on rollingg...!!
Yours truly,
Amir Lagong

Tuesday, January 4, 2011

Ekspedisi Chengal Besar, Terengganu : 24 - 26 Feb 2011

Salam 4Wheelers..!

Ini peluang terbaik untuk semua 4Wheelers. Tak kira di mana anda berada dan jika anda sememangnya 4Wheelers yang sejati, maka xpdc ini akan menjadi titik tolak bagi menyaksikan gabungan beberapa kelab dalam satu aktiviti yang dianjurkan oleh Majalah SANTAI Travel dan Red Adventure Sdn Bhd serta dibantu oleh Malaysian4Wheelers dan Ranggok 4x4 Terengganu.

Trip ini dibuka kepada semua kelab/persatuan/peminat 4x4/pemilik 4x4 atau yang tidak memiliki 4x4 juga layak untuk mengambil bahagian. Ada package yang sesuai untuk 'jumper'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Narin 019-3711662 atau Lagong 016-2933329.

Jika berminat sila register lebih awal kerana tempat agak terhad..

Keep on wheelin'

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Salam 4Wheelers..

Tahun lepas banyak benda dah dibuat untuk memenuhi impian. Apa pulak tahun ini..? Sudah ada idea baru bagi tahun 2011? M4W masih dalam usaha merancang untuk mempelbagaikan aktiviti 4x4 untuk menyatupadukan perjuangan semangat 4x4 di Malaysia.

Jika anda merasakan bahawa ada sesuatu di minda yang mahu dikongsi ataupun dilaksanakan atas dasar semangat 4x4, jangan tunggu lama lama..hubungi Malaysian4Wheelers. Ayuh kita buktikan bersama dan jadikan aktiviti itu satu kenyataan.

Selamat Tahun Baru..semoga roda 4WD anda terus bergolek..! Jangan sesekali pension sebelum waktunya..

Happy 4wheelin'

Thursday, December 23, 2010

M4W : Offroad To Ulu Slim

Hello 4Wheelers..

We gonna have an offroad trip this Xmas weekend. About 15 vehicles will be heading to Pos Keding via PLUS Highway north bound this Friday. Wish all the best to all and safe journey.
Those who still interested to join, please be at :

RV: 1) RnR Rawang ( those from KL)
2) after Tanjong Malim Toll gate ( those from North side)
Date : 24th December 2010 - Friday
Time : 8.30pm till 9.00pm
Radio Freq : 143.600

See you all there.!

Wait for our next write up about the trip.

Chow and happy offroading

Sunday, December 5, 2010

Your must have equipment..

Hello all...ada some knowledge utk dikongsi that mights help you..

Winch yang biasanya diletakkan secara"mounted" on your four wheel drive vehicles bertujuan untuk recover vehicles yang mengalami kesangkutan didalam mud pool atau sebagainya. Selain itu bertujuan utk move heavy objects, and as the ultimate in 4x4 fashion accessories. Biasanya di "mounted" at the front, which is not the best position in many ways; it adds weight to a vehicle extremity and may require stronger springs, and it makes winching backwards difficult or impossible. Untuk competitor, mereka juga akan memasang winch disebelah belakang kenderaan sebagai persiapan.


Potensi merbahaya semasa winching amat ketara, tetapi pengawasan yang serious boleh mengelakkan sebarang kejadian yg tak elok berlaku. Keep innocent bystanders well away; a winch cable can snap and lash anyone in the vicinity. Do not use a snatch strap or other elastic device with a winch - you could be forming a powerful catapult. Gunakan strong winching points - a stout tree (use a trunk protector), a buried ground anchor, or another vehicle. Use good equipment and discard damaged winch cable. Mesti pakai tough gloves untuk protect hands from frayed strands of cable. Make sure that the cable of a drum-winch feeds on in neat, uniform layers, but if you are feeding the cable in, keep hands well out from the winch fairleads in case they are snagged and dragged in.



Electric Winch

Winch jenis ini is the most common type. Boleh dikatakan antara alat yg mahal tetapi perlu ada pada setiap 4WD vehicle. Ia memerlukan modifikasi yang minimum untuk memasangnya. Cukup mudah untuk digunakan serta praktikal.
Electric winches menggunakan remote and puts a great strain on the battery, alternator and the winch switch-gear if used for prolonged winching. Boleh dikendalikan walaupun engine berada dalam keadaan 'mati' atau until the battery is flattened. It is common practice to fit dual batteries to cope with the load and to leave the motor running while winching to keep the battery charging to some extent. Kegagalan switching solenoid akan menyebabkan winch tak berfungsi dengan baik. So, kena standby spare solenoid ketika offroading.
PTO Winch

The PTO winch is driven by the engine through the gearbox and a power take-off unit, usually mounted on the rear of the transfer case. WInch jenis ini sesuai unutk digunakan dalam kadar heavy duty yang berpanjangan. Ini kerana the engine has plenty of power, even near idle speed, and tiada solenoid digunakan dalam operasi kendalian winch ini dan tidak akan overheat.
Kotak gear dan throttle akan memberikan wide range of winching speeds. Namun begitu, kekurangannya akan terserlah apabila engine tidak menjana tenaga lagi (engine mati).
Selamat Offroading..
(sourced frm 4wdoline.com)

Wednesday, November 24, 2010

Weekend Offroad Warrior : Ulu Slim 24hb-26hb Dis 2010

Salam 4Wheelers,

Sempena cuti sekolah dan cuti Hari Krismas, M4W akan menganjurkan trip santai bersamasahabat/fan yang baru dan lama. Beberapa aktiviti sampingan juga akan turut diadakan bagi memenuhi masa disana. Berikut adalah detail kepada trip tersebut :

Tarikh : 24hb hingga 26hb Disember 2010

Lokasi : POS Keding, Ulu Slim, Slim River, Perak.


Oleh yang demikian, kami menjemput anda yang berkelapangan untuk menyertai trip ini bersama keluarga atau pun dengan rakan2 yang lain. Kepada anda yang ingin turut serta, tetapi tidak mempunyai kenderaan 4WD, M4W ada menyediakan pakej yang menarik dan berpatutan untuk anda.


Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Lagong : 016-2933329

Thursday, November 4, 2010

Basic Knowledge about Recovery Equipments

Hello Malaysian and people from all over the globe.
Time for M4W to share some knowledge that might help you while offroading.

Its really scared when you see beginners operating some of the equipments in a wrong method coz this can be a dangerous tool. Some basics things to share :-


WINCHING GLOVE:-
Requires you to to hold the wire with your hand. Make sure that you protect your hand with leather gloves. STRAP/TREE TRUNK PROTECTOR :-
This is to secure your anchor point and to protect the tree from bad damaged caused by the pulling strenght of winching operations.



SHACKLE:-
You might need a U-shaped shackle to connect the hook to the strap and winch and in other situations. Its is convenient to have several sizes in your vehicle.


SNATCH BLOCK :-
This is a very important equipment that can help you to extent you winch pulling strenght. You will need this to make a double line or triple line or to change the direction of towing.
Thats all for now..wait for another tips..

Keep on rollin'..

Friday, October 29, 2010

Salam Takziah : Junadatul A'ini Abdul Malik (1977-2010)

Fairuz dan June
Junadatul A'ini Abd Malik seorang yang ceria selalu serta komited di sepanjang ekspedisi 1M4W. Atas sifat itu, beliau amat disenangi oleh semua. Semangat juang yang tinggi sepanjang ekspedisi amat dikagumi oleh semua rakan yang bersama2 beliau sepanjang ekspedisi 7 hari dibulan Ramadhan walaupun dalam keadaan yang berbadan dua.
Hari ini, dalam bertarung melahirkan zuriat petang tadi, June telah dipanggil oleh Illahi untuk ke alam Barzakh, meninggalkan zuriatnya, suami tercinta serta keluarga keseluruhannya, malah teman teman seperjuangan.
Tiada apa yang dapat kami lafazkan kerana terasa sangat baru untuk membenarkan beliau pergi. Tapi tuhan itu lebih berkuasa dan mahukan June tinggalkan kami di dunia yang fana ini.
Keperibadian mu June akan kami semat dalam ingatan dan akan dikenang sepanjang zaman. Kecekalan mu akan kami jadikan bekal dan tauladan.
Seluruh warga 4x4, mengucapkan takziah pada Sdra Fairuz atas pemergian isteri yang disayangi. Dan jenazah akan disemadikan di Parit, Perak Darul Ridzuan pada Sabtu 30hb Okt 2010.
Ya Allah kami pohon agar Kau tempatkan June disamping mereka2 yang dikasihi olehMu.
Amin..Yarabbal alamin..

Tuesday, October 19, 2010

JALAN KEBUN OFFROAD CHALLENGE



Lokasi Pertandingan:

Rabok Bay & Bukit Kemandul

Tarikh:

22hb, 23hb, 24hb Oktober 2010


Kategori Pertandingan:

1. Standard(terbuka)

2. Kabin 2000 cc ke atas

3. Kabin 2000 cc ke bawah

4. Buggy(terbuka)


Penyertaan terbuka kepada umum/ sesiapa sahaja yang berminat menyertai pertandingan tersebut. Sebarang informasi dan pertanyaan mengenai penyertaan boleh menghubungi :-


En. Mohd. Roslan bin Lasa 019 - 6061728

En. Aidi Ahmad bin Soriani 012 - 6667734

En. Rizal bin Sadiken 019 - 3666776


Hadiah utama - 1 tiket penyertaan percuma ke Rainforest Challenge 2010

bagi kategori kabin 2000 cc ke atas dan 2000cc ke bawah.

Jemputan juga terbuka kepada orang ramai untuk menyaksikan pertandingan sukan lasak tersebut. Masuk untuk menonton semestinya percuma.
M4W mengucapkan tahniah dan harap agar semuanya sukses di sepanjang pertandingan.
Keep on Rolling..!

Friday, October 8, 2010

Kuala Sat : Pacuan Empat Roda Sahaja..!


Kuala Sat adalah destinasi ekspedisi yang terletak dalam daerah Ulu Tembeling, Pahang yang merupakan persinggahan laluan untuk menuju ke Kg Mat Daling. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa 1 jam setengah ke Jerantut untuk bertemu dengan sekumpulan lagi rakan2 4x4 bergabung untuk memulakan ekspedisi.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Fadzli@Koi , Raja Bob dan Mat Peros dengan membawa K’Dau Adventure sebagai organizer telah berkumpul dan bersarapan pagi di Bengkel Abg Fendy sementara menunggu beberapa buah kenderaan lagi dan seterusnya memanjat doa semoga perjalanan mendapat berkat dan selamat. Sebanyak 15 buah kenderaan yang mengambil bahagian rata ratanya datang dari daerah yang berdekatan, hanya 3 buah M4W dari Kuala Lumpur.

Jam 12 tghari kami tiba di persimpangan memasuki laluan utama di signboard Kg Mat Daling dengan peringatan keras bahawa “Pacuan Empat Roda Sahaja” yang sesuai untuk laluan ini. Memang seharusnya kenderaan ini sahaja yang mampu melepasi laluan berbukit dan berbatu itu. Trek berbukit, berbatu serta lantai tanah yang berdebu boleh dikatakan agak mencabar skills pemanduan peserta. Teknik pembuangan angin tayar kepada tekanan yang sesuai harus digunakan bagi melancarkan pemanduan supaya lebih selesa.

Bukit Awan dengan ketinggian lebih kurang 836m antara puncak tertinggi dalam laluan ini memberi kami peluang untuk merakam beberapa pandangan alam semulajadi yang menarik dari sini. Langit membiru menandakan bahawa cuaca memang sangat panas ketika itu namun perjalanan diteruskan lagi sehingga kami menjelajahi sebuah kawasan penempatan bernama Kampung Pagi.

Suunto Vector menunjukkan hampir 3 petang sebaik tiba di Kampung Pagi, lalu kami melepaskan dahaga di sebuah kedai yang terletak di tebing sungai Ulu Tembeling. Kelihatan beberapa penduduk agak excited melihatkan konvoy 4x4 memasuki perkampungan mereka. Suasana panas didamaikan oleh tiupan angin yang ringan sambil kami menikmati minum petang disitu. Tanpa membuang masa lagi, kami mendapat arahan untuk meneruskan perjalanan dan konvoy meninggalkan Kampung Pagi untuk ke Kuala Sat yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam lagi.

Trek yang sama sepanjang jalan di tebalkan oleh debu tanah merah yang tembus ke lubang2 saluran pendigin udara, sesekali tersedut..! Langit gelap seperti bakal mengundang hujan…namun tak perlu risau kerana konvoy dijangka tiba ke lokasi apabila di beritahu oleh Zero Car (9W2RPY) sebaik sahaja kelihatan tiang letrik yang membekal kuasa ke Kampung Kuala Sat. Setibanya disana, kami disambut keluarga Tok Pat yang menghidangkan makanan dengan masakan kampong berlauk seperti Tempoyak Ikan Patin, tanpa berlengah dan dengan rasa yang amat lapar, semua peserta menjamah dan menikmati masakan istimewa ini. Kami juga turut dihidang lagi dengan hujan yang lebat yang ternyata seperti gembira menyambut kami ke Kuala Sat.

Campsite…menarik di atas pasir…seperti di pantai..lalu peserta menyiapkan ‘sarang’ untuk berehat. Di tepi sungai, nyaman sesekali terasa bahang panas pasir akibat cuaca yang panas siang tadi. Tiada acara yang tepat pada malam itu, cuma sekadar menikmati rehat dan malam yang tenang di tepian sungai Ulu Tembeling.

Keesokkan hari, kami berkemas lalu meninggalkan campsite dengan keadaan bersih tanpa sampah yang tertinggal pada jam 10am. Sambil menikmati buah Dokong, peserta juga mendapat tawaran daging Pelandok dari penduduk tempatan dengan harga yang sangat berpatutan. Konvoy bergerak menuju ke Kampung Pagi semula sebelum M4W diminta untuk membantu sebuah kenderaan yang rosak. Tanpa berlengah Champ2, Lagong dan Gogo berpatah balik sejauh hampir 2 km dari Kg Pagi untuk ‘towing’ dan membawa keluar hingga ke tarmac sector. Semangat 4Wheelers sejati memang begini…!

Dipendekkan cerita, konvoy tiba di Workshop Abg Fendy jam 6 petang dan bersalaman dengan semua peserta mengucapkan selamat tinggal kerana kami akan pulang ke Kuala Lumpur, lebih2 lagi rakan penganjur yang menerima kami dengan hati yang cukup terbuka. Sebagai peminat aktiviti ini, kami menyokong apa sahaja yang berkaitan dengan 4x4 yang sudah pasti bertujuan baik untuk membina teguh contact dan networking sesama kita.

Akhir sekali M4W melengkapkan misi ekspedisi ini sebagai peserta dan sekali lagi bertindak sebagai RESQUE team seperti trip2 yang sebelum ini. Tahniah untuk semua yang menyertai ekspedisi dan terima kasih kepada penganjur.

Semoga kita boleh berjumpa lagi.

Keep on rollin..!

M4W Merchandise on Sale

d




To M4W Fans and Followers,

M4W Windscreen stickers (RM35), M4W Denim Shirt ( RM79) and M4W Long Sleeve Tshirts (RM28) are now on sale. Jika berminat sila hubungi 016-2933329 atau boleh juga membuat order melalui email dengan segera. Barangan tersebut adalah terhad.

Wait for our next trip announcement.

Keep on rollin'..

Saturday, September 25, 2010

Trip ke Kuala Sat : 2hb - 3hb Oktober 2010

M4W mendapat jemputan dari seorang rakan bernama Mad Peros untuk menyertai aktiviti santai ini. Jadi jika anda berminat boleh lah menghubungi M4W untuk sebarang confirmation.
Acara ini open kepada semua rakyat Malaysia yang meminati aktiviti yang sama. Sesiapa yang berminat tetapi tidak mempunyai kenderaan 4x4, M4W boleh uruskan keinginan anda.

ATURCARA :Sabtu (02/10/2010)

0700 Berkumpul di Petronas Gombak menghala hiway KARAK

0715 Convoy rolling

0915 Sampai di tol Temerloh

1015 Berkumpul di Masjid Jerantut. Konvoi bergabung ke Kuala Sat

1030 Bergerak ke Kuala Sat

1300 Konvoi Berehat di Kg. Pagi

1430 Tiba di Kuala Sat dan Makan Tgh Hari. Makan akan disediakan oleh penduduk Kampung.

1500 - 1630 Setup Khemah dan Horay-horay- Kerbau ditumbangkan,disembelih, dilapah dan dimasak beramai-ramai dengan penduduk kampung ( Tuan RXR akan confirm)

2000 - Sessi BBQ ,Eyeball dan DXing sampai ngantuk


Ahad (03/10/2010)

0900 Bersih kawasan perkhemahan dan mandi-manda di Sg Ulu Tembeling - aktviti bebas

1030 Konvoi bergerak keluar dari Kg Kuala Sat.

1600 ETA Kuala Lumpur.


Selamat Offroading..!