Thursday, January 15, 2015

Tirai Tahun Baru 2015 disambut dengan AlFatihah

Salam Tahun Baru...

Agak kelewatan untuk menulis bagi menyatakan hasrat Selamat Tahun Baru kepada semua offroaders. Apa tidaknya...ketidak kesempatan untuk menyuraikan apa saja dalam bentuk catatan itu adalah kerana berbagai kejadian serta malapetaka yang berlaku ditanahair baru-baru ini...banjir seperti yang sedia maklum, tidak hanya berlaku pada masa itu saja...kini sudah selepas banjir..semakin galak misi banjir digerakkan secara sukarela oleh pelbagai kumpulan bagi membantu mangsa yang terlibat.

Bagi Malaysian4Wheelers pula..tahun baru disambut dengan kesedihan apabila rakan seperjuangan Saudara Wan Hishamuddin Wan Abd Aziz telah kembali menemui penciptanya pada 31hb Disember 2014. Allahyarham yang lebih senang dikenali sebagai ALLBLACK telah menghembuskan nafas nya yang terakhir di Hospital Sg Buloh sekitar jam 3 petang. Komplikasi kesihatan yang sukar untuk diterjemahkan disini ( kita tak dapat detail sahih punca sakitnya) telah membawa beliau ke alam barzakh.

Trip terakhir beliau bersama M4W di Lata Chelir 
Menerima cenderamata bagi pihak Malaysian4Wheelers

Jentera peninggalan Allahyarham Wan Hishamuddin


Allahyarham Wan Hishamuddin sudah sekian lama bersama M4W berkerja tanpa putus, membantu mengendalikan banyak program yang memberi menafaat kepada semua penggiat 4x4. Ilmu yang ada sering dikongsi bersama rakan-rakan. Sifat sering membantu rakan-rakan memang tidak boleh dinafikan kerana beliau sangat bersedia membantu walaupun dipanggil untuk tugasan 'resque' kenderaan rosak didalam hutan, walapun pada ketika itu beliau berada di lokasi lain. 

Rakan2 yang menghantar jenazah ke Kota Bharu

Sahabat karib, sukar nak menerima pemergiannya
                                   
Pemergian beliau secara tiba-tiba ini merupakan satu kehilangan besar bagi rakan rakan offroaders yang mengenalinya, khususnya dikalangan Malaysian4Wheelers sendiri. Pengalaman bergurau senda, bersama melalui obstacle sepanjang aktiviti offroading akan terus segar dalam ingatan. Jasa dan pengorbanannya akan terus dikenang sampai bila bila...amat sukar hendak digarapkan semua ini dengan perkataan ..sebak hati dan perasaan dalam mengingati setiap saat pengalaman bersama beliau..Sehingga blog ini ditulis pun perasaan sedih serta pilu masih terasa..saya dapat merasakan yang semangat beliau kini masih sedang berlegar-legar dibawa oleh rakan-rakan yang kini sedang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di pantai timur.

Kepada semua penggiat 4x4 seluruh tanahair, samada anda kenal atau tidak...dan sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Alfatihah....

4 comments:

budd said...

Hisham AllBlack, kwn main offroad yg the Best, ever. Masih rindukan dia, tersangat mengingati dia. Hilang tk berganti. Semoga Allah merahmati dia, sentiasa.

alfianhashim said...

Banyak jasa & budi beliau terhadap masyarakat 4x4 Malaysia, harap ada usaha2dari rakan2 4x4 untuk meringankan beban keluarga arwah...

Semoga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya...

9W2HAR said...

saya abang kepada arwah wan hishamuddin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 arwah..anda semua memang terbaikkk..budi dan jasa kalian semua hanya Allah saja yg mampu membalas nya...terharu melihat persahabatan kalian semua yang menghantar arwah sehingga ke liang lahad...terasa seolah arwah masih ada disisi lg...semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan nya dikalangan org2 yang beriman..amin..

Amir Lagong (Founder) said...

Salam Pok Har..dikala rakan2 memerlukan arwah, beliau sudah tentunya akan datang demi membantu sahabat2nya..itu dikala dia masih ada...tiba masa untuk sahabat handai menyempurnkan jenazah beliau sehingga ke liang lahat. Itu sudah harus menjadi tanggungjawab kami dengan membawa semnagt offroaders yang sejati. Arwah pergi dengan membawa nama yang baik, secra sedar dengan tidak, banyak sumbangan telah dilakukan bersama2 M4W sepanjang hayatnya. AlFatihah Wan Hishamuddin, moga kau tenang disana.