
Tuesday, June 14, 2011
Dapatkan before terlambat..!

Friday, June 3, 2011
POS Kuala Mu Charity Expedition 2011

Wednesday, May 25, 2011
SANTAI Offroad @ Air Terjun Pelangi : El-Dorado of The East
El-Dorado Of The East, adalah nama jolokan kepada Sungai Lembing diberikan ketika aktiviti melombong bijih timah sekitar 1940an pada ketika itu pelombong dari British yang masih menguasai kawasan ini. Semua maklumat ini terdapat di dalam Muzium Sg Lembing yang menyimpan serta mengekalkan simpanan khazanah dan artifak yang berkaitan dengan operasi melombong yang cergas pada zaman tersebut dan merupakan lombong bijih timah bawah tanah terbesar didunia tetapi telah ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.Disebalik sejarah, Sg Lembing turut menyimpan alam semulajadi yang amat unik yang tidak dapat dilihat ditempat lain di Malaysia. Air Terjun Pelangi setinggi 250m terjunan air yang menghasilkan cahaya pelangi hanya dapat dilihat diawal pagi. Di sogok dengan cerita tentang kehebatan ‘nature’ maka keinginan ini disusul dengan koordinasi episode kedua SANTAI OFFROAD anjuran Red Adventure dan Lubuk Trekker sebagai koordinator dan dibantu oleh PERAMAH didalam ekspedisi kali ini yang berlangsung pada 19hb May- 22hb May 2011.
Felda Kg Sg Paching Utara mejadi lokasi perhentian ahli expedisi sambil menyumbang tenaga menyempurnakan lukisan ‘mural’ di sekolah berhampiran disamping memenuhi undangan makan tengahri dengan masyarakat tempatan. Selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan offroad dan merentasi beberapa sungai hingga menjelang senja tiba di lokasi campsite Lubuk Beruk.
Air Terjun Pelangi dijajah seawal pagi keesokannya dengan bermatlamat bahawa pelangi indah ini bakal digapai oleh semua peserta. Jungle trekking mengambil masa sekitar 45 minit dengan laluan denai dan tebing sungai yang berbatu tapi bertali untuk berpaut telah menemukan perserta ekspedisi dengan kekaguman renjisan air terjun halus, sehalus sutera yang melandai permukaan kulit. Kini Pelangi ditangan dengan landskap semulajadi yang amat menakjubkan...argghh..!! (pictures tell the thousand words...sorry sebab sukar nak diceritakan disini.)Expedisi yang berilmiah seperti ini seharusnya digalakkan namun kita jangan lupa bahawa sepanjang masa kita perlu ada batas tertentu dalam memastikan alam semulajadi tidak dikekang oleh mereka yang sering ambil mudah dengan penjagaannya.
Quotes of the day : “Love your nature coz 4Wheelers are better lover”
Thursday, May 12, 2011
MyLandy Malaysia : The New Kids On The Block

Actually, apa yang ingin dikongsi disini adalah satu perkembangan sihat dikalangan komuniti 4Wheelers dengan kehadiran rakan baru yang bakal melengkapkan lagi scene activist pacuan 4 roda di Malaysia. Ini tidak ada kena mengena dengan genre muzik seperti yang tertera diatas kerana ia hanya sebagai introduction untuk membuka tirai sidang perkongsian maklumat ini.
MyLandy Malaysia (MLM), satu lagi kelab (bukan nite club) telah didaftar dibawah Suruhajaya Sukan yang membawa panji-panji merek (bahasa Indon merujuk kpd ‘brand’) Land Rover. Jiwa dan kelongsong rasa kepada jenama ini ibarat isi dan kulit yang mahukan aliran nadi itu selari dengan naluri kehidupan harian mereka. Maka tercetuslah MLM ini yang akan memainkan peranan mereka bukan setakat penggiat malah sebagai pencantum jambatan keprihatinan kepada manusia sejagat khususnya 4Wheelers bersama soulmate mereka.
M4W mengalu-alukan kesiapsiagaan mereka didalam setiap aktiviti yang sedang atau bakal mereka kendalikan. Sebagai rakan yang cukup strategik, M4W dan seluruh umat manusia yang terlibat secara langsung atau tidak didalam sukan 4WD ini sudah pasti akan menyokong mereka bagi merapatkan jurang serta memperkasa komuniti 4Wheelers secara keseluruhannya.
MyLandy..you’re on board…!
Friday, May 6, 2011
Lepat Waterfall, Kuala Mu ditunda kepada 24-25-26 June
Tuesday, May 3, 2011
New M4W Tshirt RM35: Labour Day Edition
Wednesday, April 27, 2011
Lepat Waterfall, Kuala Mu

anjuran : Malaysian4Wheelers dan Majalah LIBUR
Saturday, April 2, 2011
1 Malaysian 4Wheelers Expedition Edisi 2011
Dalam sedar dengan tidak, edisi kedua xpdc ini bakal menyusul tak lama lagi. Tapi berita ini masih belum sahih lagi kerana M4W hanya baru mendapat info dari sources yang boleh dipercayai. Sekadar menyingkap pengalaman yang lalu, M4W mendapati bahawa peluang menyertai xpdc ini seharusnya diambil oleh semua aktivis 4x4 tanahair. 
Danga Bay
Selamat ber xpdc..
Thursday, March 17, 2011
Mengejar Pelangi di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, Pahang Darul Makmur : 20-22 May 2011
XPDC to be held pada 20hb May – 22hb May akan menonjolkan rakan dari Lubuk Trekker 4x4 pula sebagai co-organizer disamping Red Adventure Sdn Bhd yang merupakan event owner secara keseluruhannya.
Semua 4Wheelers from all over the country mahupun dari Indonesia dan Singapura dijemput untuk menyertainya kerana ini merupakan peluang yang baik bagi menambah kekukuhan relationship serta to gain or menimba lebih banyak pengalaman penganjuran secara bersama.
PERHATIAN : ISTIMEWA UNTUK NON-4WHEELERS
Turut disediakan pakej bagi anda yang tidak memiliki kenderaan 4WD untuk menyertainya dengan bayaran yang berpatutan. Pihak penganjur akan menguruskan segala persiapan bagi memenuhi keinginan anda yang mahu merasai pengalaman yang unik ini.
For further details, do contact :
1) Red Adventure Sdn Bhd – Cik Narin 019-3711662
2) Lubuk Trekker 4x4 – Brader Kurau 013-2273702
Sekian..Happy wheelin'..!
Monday, March 14, 2011
Malaysian4Wheelers & Majalah LIBUR
M4W bersama majalah LIBUR sedang bekerjasama mengendalikan aktiviti 4WD khas untuk semua penggemar aktiviti ini. Kita cuba memberikan yang terbaik jika anda mempunyai perasaan yang sama seperti penggiat 4x4 di tanahair.
Kalendar ‘offroading’ bagi tahun ini juga telah dicetak khas didalam Majalah LIBUR keluaran Mac 2011. Anda boleh lah merujuk dari situ dan cuba sesuaikan masa dan ketikanya untuk anda mengambil bahagian didalam trip yang bakal dijalankan.
Bagi anda yang berminat, boleh hubungi Malaysian4Wheelers untuk keterangan lanjut.
Keep rolling..and rolling…and roll….!
Friday, March 4, 2011
Sengal Sengal ke Chengal
Dengan membawa nama SANTAI Offroad, anjuran Red Adventure Sdn Bhd dengan kerjasama M4W, Ranggok 4x4, Lubuk Trekker, CK4x4, My Landy Malaysia, Wan10 Adventure Sports, D’Harung dan Rentas 4x4 Johor telah berjaya memberi galakkan kepada hampir 43 buah kenderaan 4WD dengan hampir 150 peserta untuk menyertai program ini. Gabungan penganjuran seperti ini adalah yang pertama diadakan untuk memenuhi kalendar aktiviti bagi tahun 2011.
Mata melihat lebih baik dari telinga yang mendengar. Itulah ungkapan keramat peserta ekspedisi SANTAI Offroad ke Chengal Besar yang berlaku baru baru ini. Sesudah berletihan sepanjang perjalanan kepuasan terpancar apabila mereka menyempurna kan xpdc tersebut dalam keadaan terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 5 km untuk menyaksikan sendiri gagahnya pokok Chengal antara yang terbesar dimata dunia yang terletak didalam negara kita. Berbangga sungguh perasaan bila dapat bergambar bersama rakan2 xpdc disamping pokok tersebut. Kontribusi xpdc ini juga bertujuan mahu memperkenal dan memperhebatkan lagi pilihan destinasi eko-pelancongan yang unik ini kepada masyarakat kita sendiri. Atmosfera yang tenang dan sungai serta udara nyaman yang terdapat disini sudah semestinya sukar nak didapati di luar sana.
Objektif program ini secara keseluruhannya ingin menyampai mesej bahawa tanggungjawab bagi membina networking sesama kelab mahupun organisasi lain seharusnya dapat diusahakan dengan cukup kukuh. Menyangkal dan menolak secara 100% interpretasi bahawa “trip tertutup dan untuk ahli kelab sahaja” telah membawa sedikit sebanyak keterbukaan penglibatan rakan2 dari kelab2 yang berlainan. Dalam pada itu, misi ini berorentasi bagi memastikan keharmonian dan kebersihan hutan, sungai, flora dan fauna nya harus dipikul bersama. Inilah yang telah berjaya dipupuk oleh pihak penganjur dan sudah semestinya ada sesuatu yang baik dapat disampaikan dan di perdedahkan agar usaha amalan yang positif akan terus membantu menaikan lagi imej penggiat 4x4 di tanah air.
Terima kasih pada semua peserta atas sokongan yang sungguh luarbiasa. Mari kita terus beri sokongan dengan laungan bahawa semangat 4Wheelers akan terus berada dimana2 tanpa mengenal warna stickers dan mahzab anda.
Sebarang maklumbalas atau komen, anda boleh email kepada : malaysian4wheelers@gmail.com
Keep on Rollin’…! tunggu next trip ya...!
Tuesday, February 22, 2011
XPDC Chengal Besar..here we come..!
Friday, February 18, 2011
Latest Merchandise : M4W Lnyard

Production yang terhad ini sedang hangat dijual semasa di Karnival WOW Putrajaya dan yang terhampir adalah pada Ekspedisi Chengal Besar pada 24-26 Feb akan datang. Oleh itu, jangan lah tunggu lagi bang..! beli lah dengan cepat...hubungi M4W untuk mendapatkan stock yang limited ini. Pembelian melebihi 3 unit akan mendapat 1 keping sticker secara percuma.
Quotes of the day : Good Guys Stay at home, only GREAT Guys go for Offroading..!
Wednesday, February 16, 2011
Karnival WOW Putrajaya 11-13 Feb 2011 : Memang WOW..!


Terima kasih kepada mereka yang memberi peluang kepada M4W untuk mengadakan promosi aktiviti 4x4 kepada masyarakat yang ingin tahu tentangnya. Banyak juga orang yang singgah dan membeli cenderamata berjenama Malaysian4Wheelers disana.
Jika dimasa akan datang, ada mempunyai ruang booth dalam karnival atau apa saja pesta untuk dikongsi, harap dapat info pada M4W untuk sama2 membantu mempromosi aktiviti 4x4 kepada semua.
"Good Guys Stay at Home...only GREAT guys go offroading..!"
Selamat Rolling..!
