Berlangsung sudah acara yg tak
terlintas di fikiran akan menjadi seperti sebuah Jamboree 4x4 dengan mendapat
sokongan padu dari semua penggiat akitiviti 4x4 sekitar Kuala Lumpur dan juga
penajaan dari pelbagai syarikat serta sumbangan individu.
Pada pagi 30hb June, sebanyak
35 buah kenderaan telah berkumpul dihadapan TESCO Taman Wahyu sambil menikmati Energy Drink RED BULL
sementara melengkapkan susunan konvoi menuju ke Ulu Tamu yang telah di flagoff’
oleh Max Skjold dari Denmark (RFC Competitor). Turut bersama adalah 5 buah
kenderaan jenama CHEVROLET COLORADO yang bakal di pandu uji semasa di Kem
Pahlawan atau lebih sinonim dengan nama Kem Hamzah, Ulu Tamu digegar rakan
rakan 4Wheelers yang konvoinya diketuai oleh Tok Uban, manakala AllBlack
bertindak sebagai Sweeper.
![]() |
| Max Skjold |
Kehadiran YB Kamalanathan,
Ahli Parlimen Ulu Selangor turut memeriahkan acara pada hari tersebut dan turut
mengambil peluang mencuba Chevrolet Colorado yang dipamerkan disitu. Sesi pandu
uji memberi laluan kepada para peserta untuk memandu kenderaan tersebut di
lokasi offroad sambil dipantau oleh pihak Chevrolet sendiri. Beberapa acara
suaikenal dan sukaneka turut dijalankan bagi menambah ‘warna ceria’ pada petang
itu.
![]() |
| YB KAMALANATHAN |
![]() |
| Telematch for adults..! |
Sukses semuanya..! secara keseluruhan, ianya telah berjaya menggabungkan pelbagai peringkat komuniti dalam aktiviti ini. Program yang penuh dengan pengisian ini benar benar dapat merangsang lebih banyak kolaborasi aktiviti yang hampir serupa dikalangan 4Wheelers pada masa yang akan datang.
Antara kelab dan komuniti 4x4 yang hadir : Lubuk Trekker, Malaysian4Wheelers, OSCAR LIMA @ PAT, CK 4x4, Kelab 4x4 Batang Kali, Gombak 4x4 Club, Yellow Cruiser Group, Vitara Club Malaysia, D’Harung 4x4, Raja Rimba Adventure dan Offroad News.
Penaja : CHEVROLET Malaysia,
RED BULL Malaysia, AROX Lubricants, Columbia Sportswear.
Kolaborasi :
Malaysian4Wheelers, One Ten Adventure Sports, Red Adventure
Statistik Acara :
4 jenama : Penaja rasmi
4 buah: Kolaborasi entity
5 buah : Chevrolet Colorado
test drive unit
11 team : Club/Komuniti 4x4 yang
ambil bahagian
100 buah : kenderaan 4x4
40 buah : Barangan ‘lucky
draw’dimenangi
273 : orang yang hadir
(ini tak cerita lagi, berapa ekor kambing, ayam dan bahan2
mentah yang digunakan)
Tahniah serta terima kasih kepada semua yang berada di sepanjang program.













Pagi-pagi buta hari Sabtu baru-baru ini sekitar jam 9.30, dengan suasana hujan rebas seolah-olah telah memberi isyarat awal kepada 4wheelers bahawa kuasa alam itu sedang menanti untuk ditempuh dengan penuh cabaran. Ternyata ianya tanpa rasa gentar disahut oleh mereka yang dahagakan permainan berlumpur itu dengan persiapan yang cukup rapi. Hasrat dituju ke Sungai Dubai, itulah nama jolokan kepada lokasi yang bakal diterokai semula itu. 
Sektor offroad sekitar 2 km ini walaupun tidak sejauh mana, sememangnya mencabar dan boleh dikategorikan sebagai ‘medium’ bagi kaki offroaders. Rintangan seperti mudpools serta ruts mendesak individu itu mengekang masa rehat serta kudrat yang penuh demi untuk meloloskan kenderaan apabila tersangkut. Kerosakan berlaku tanpa diduga, mujur keadaannya tidak begitu kritikal dan dapat diatasi dengan baik. Di dalam kondisi laluan seperti ini, pengendalian kenderaan di trek yang basah dan berlumpur memerlukan teknik ‘winching’ jika kenderaan tersangkut teruk. Kemahiran mengendali jentera serta peralatannya memerlukan setiap individu itu berganding tangan tanpa rasa jemu kerana itulah yang keunikan kepada sukan 4x4 ini. 







