Friday, December 26, 2014

Bantuan Banjir Pantai Timur

Salam kesedihan...apabila menyaksikan suasana bencana banjir yang melanda negeri-negeri sebelah pantai timur sekian hari semakin buruk...tidak ada belas kasihan apabila alam semulajadi tidak mampu lagi bertahan...kenaikan paras air yang mendadak lagi ganas. Kesempatan untuk menyelamatkan peralatan di rumah hanya sesingkat masa... lihat saja derasnya air membadai rumah yang langsung terseret beberapa ratus meter dari keadaan asalnya...bahaya sengsara ini memang dirasai..berat mata yang memandang...apatah lagi untuk mereka yang mengalaminya.

photo ini dirakam sekitar Jerantut..pinjam dari rakan

Didalam kesedihan ini, kita ingin memberi tabik hormat kepada para sukarelawan dari kelab kelab pacuan 4 roda yang bergandingan tangan untuk menganjurkan misi bantuan. Menghantar barangan sumbangan seperti keperluan harian kepada mangsa yang terlibat tanpa mengenal bangsa mahupaun agama mereka. Ini semangat orang Malaysia yang tidak pernah luput sejak berkurun lamanya..suka membantu antara satu sama lain...

Tidak terkecuali dan yang paling utama kepada para anggota penyelamat seperti Bomba, Tentera, Polis, JPAM dan semua agensi kerajaan yang menjalankan tugas dengan tidak menghirau akan masa, tempat mahupun keadaan.

Sekadar pandangan peribadi saya, ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin untuk memulakan operasi bantuan ini tanpa perlu tunggu arahan orang lain...inisiatif leaders dalam satu satu kelab atau agensi memang sangat dikagumi....tapi pada masa yang sama keterujaan ini seolah olah macam satu pesta pun ada juga... pusat-pusat pengumpulan barangan sumbangan kelihatan banyak dikendalikan dilokasi sekitar Kuala Lumpur...memang gempak semangat mereka ini..! tersusun lori serta kenderaan jenis pikap yang akan digunakan untuk tujuan delivery...syabas semua..

Lokasi pengumpulan barangan sumbangan
Sehubungan dengan gerakan mencari sumbangan itu, kita harapkan agar keghairahan mengumpul sumbangan ini dapat di salurkan sebaik mungkin kepada mangsa yang terlibat. Penganjur pula kena susun strategi dalam urusan penghantaran ini dengan seberapa kemas..tidak mahu berlaku keadaan dimana kejadian 'overflow' barangan sumbangan yang di terima tidak dapat dihantar terus ke mangsa...malah terlambak begitu sahaja di pusat pengumpulan..

Secara Teknikalnya, pengendali pula kena get ready dengan persiapan bukan setakat kenderaan 4x4 itu sendiri, malah sebaiknya membawa bersama kemudahan seperti jetski, boat dan enjin untuk tujuan penghantaran yang lebih efektif. Jika tidak...terlambakan barangan akan berlaku lagi...

Memantau secara harian melalui media elektronik yang lebih sahih, nampak dengan jelas bahawasanya...amatlah sukar sama sekali bagi kenderaan daratan untuk bergerak dengan lebih efektif. Maka perlu ada pengendali utama yang mengemaskini informasi dari aspek  Geografikal kepada lokasi yang disasarkan supaya dapat identify laluan selamat dan dapat digunakan bagi mempermudahkan semua operasi penghantaran atau misi yang berkaitan. Secara keseluruhannya, misi ini perlu diperjelaskan tugasannya, kepada semua yang terlibat supaya penyumbang tenaga tidak terpinga-pinga sebaik tiba dilokasi...

Pembahagian makanan dipusat pemindahan
Kepada mangsa banjir pula, diharap dapat berdoa agar ditambahkan kekuatan untuk menahan kesabaran sementara menunggu kemasukkan bantuan daripada semua pihak. Mungkin ada sebab jugak akan kelewatan supplies yang dihantar..sebabnya yang tukang hantar pun kena justify keadaan akses yang digunakan malah mereka jugak kena meletakkan keselamatan mereka sendiri juga dihadapan sebelum membantu orang lain.
copied from FB

Peringatan..! Harus di ingat..kepada yang menyumbang pakaian terpakai..ini bukanlah ruang atau peluang untuk anda membuat pembersihan almari buruk yang ada kat rumah tu....kalau hajat nak menyumbang, pakaian tu biarlah sempurna..okay...!!!

Sekali lagi...tahniah dan tabik hormat untuk semua..khususnya penggiat sukan 4x4 di Malaysia.

P/S : Negeri sebelah utara jangan lupa..mereka pun kena jugak banjir.
Tagline Offroaders terkini : We cannot go fast..but we can go anywhere...!

Sunday, December 7, 2014

M4W & Frenz Gathering Day 2014

 Salam 4Wheelers...

Malaysian4Wheelers bersama YB Amirudin Shari

Akhirnya selepas 8 minggu berusaha untuk menganjurkan program ini, kami berjaya juga mengumpulkan wakil wakil penggiat aktiviti 4x4 untuk hadir dalam satu majlis yang ringkas namun kami percaya ianya bermakna untuk semua yan hadir pada pagi itu.  

Objektif tidak ada yang lain selain mahu mewujudkan kolaborasi sihat sesama offroaders dan golongan aktiviti sukan gerak kerja luar dengan sebaik mungkin. Melebar maklumat tentang perlu ada kesedaran bagi mengekalkan hasil hutan, flora dan fauna nya.  Mahu juga golongan 4x4 ini dianggap sebagai penyumbang dalam masyarakat dan memberitahu bahawasanya offroaders yang genuine sangat sangat mengamalkan ilmu yang baik didalam eksplorasi yang dilaluinya.  


Tak perlu ditolok tentang betapa sukses nya acara ini tapi yang paling penting networking akan terus berjalan seperti biasa malah akan lebih kukuh silatulrahim yang wujud sesama kita yang menyukai sukan ekspedisi 4x4. Yang paling best...rakan rakan 'big bikers'...pendaki gunung....penunggang basikal gunung..dan beberapa komuniti lain turut sama menyumbangkan masa untuk hadir...ini percubaan terbaik yang M4W pernah buat....mungkin kerana belum ada acara yang serupa ini dibuat dikalangan kita...apa salahnya kalau kita buat ini sebagai satu 'trend setter' yang memberi faedah kepada semua...bukan kena bayar pun...kita ajak sebab nak berjumpa, bermesra, berkenalan..makan bersama..kan meriah tu...! maklum saja..Malaysian4Wheelers pun masih baru dan mahu mengutip pengalaman serta pandangan dari 'jiran tetangga' yang sudah sekian lama bersaing di persada dunia aktiviti ini.
YB Amiruddin Shari ( Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Selangor)
menerima cenderamata dari wakil Malaysian4Wheelers
wakil "Pecah 4x4" dalam sesi Ice Breaking..!
lokasi di Ulu Yam
Nyata sekali kehadiran peserta yang diluar dugaan telah menggalakkan suasana suai kenal secara tidak langsung dengan acara 'Ice Breaking' yang memberi ruang kepada wakil dari setiap kumpulan/kelab/komuniti untuk memperkenalkan misi dan visi mereka. Kita memang dah nampak peluang seperti ini memang jarang diketengahkan..disebabkan itu, banyak rakan rakan lebih suka menyendiri (low profile..katanya..!) tapi dari aspek positifnya dengan adanya ruang begini..boleh lah setidak tidaknya jadi satu platform pelontar pandangan yang terbaik sebagai aspirasi generasi muda 4x4 yang dengarnya semakin giat bereksplorasi..yang kadang kadang tanpa garis panduan yang jelas tentang persiapan kelengkapan kenderaan, mental mahupun fizikal.
  

Demonstrasi menyelamat kenderaan (recovery) 

antara rakan rakan yang hadir 
Cenderamata untuk AD Time Sdn Bhd


Dipenghujung acara, sempat juga kita memberi peluang kepada hadirin untuk 'joy ride'. Merasa sendiri kenikmatan offroading secara langsung...bagi diaorang 'racun' sikit sebagai pendorong untuk mereka 'terjebak' dalam bidang ini. Ilmu yang baik seharusnya disalur dengan sebaik mungkin agar penerimanya dapat menggunakan ilmu itu kearah yang lebih baik dan langsung disalur kepada pendatang baru dan seterusnya diamalkan sepanjang zaman tanpa ditinggalkan begitu sahaja.

Syabas kepada semua yang hadir serta menyokong dari jauh..mungkin tak sempat nak hadir oleh kerana komitment tugas dan macam macam lagi urusan..namun begitu M4W sangat berterima kasih dan memberi tabik hormat kepada leaders yang tetap menghantar wakil mereka bagi memenuhi jemputan ini yang kami anggap ianya satu penghormatan bagi kedua dua belah pihak. 

Kita jumpa lagi di lain acara..terima kasih..!!

Sunday, November 16, 2014

Pertemuan Malaysian4Wheelers dan Rakan2..!



Hola...!!! 
Sudah tiba masanya sekali lagi....Malaysian4Wheelers yang akan menganjurkan program  perjumpaan, bertemu dengan sesama penggiat sukan lasak sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Program mensasarkan sekitar 200 orang yang mewakili dari pelbagai kelab/persatuan/komuniti yang specialities serta expertise yang berbeza.

Tiada apa yang lebih baik selain mengumpulkan semua mereka ini dalam satu program yang 'satu' sebagai memberi penghormatan untuk semua kerana sedikit sebanyak telah membantu meletakkan agenda sukan ekstreme ini ke satu tahap yang mana semua peringkat umur boleh melakukannya.

Ini terbukti apabila dilihat sudah ramai yang berani menceburkan diri dalam sukan ekspedisi 4x4 dan aktiviti lasak yang lain. Ini mungkin jugak kerana perkembangan ekonomi serta pendapatan perkapita individu tertentu yang mampu membenarkan mereka untuk memilih sukan yang seperti ini (agak kasar belanjanya)

Cukuplah berceloteh pasal introduction diatas....apa yang mahu disampaikan disini adalah usaha berterusan M4W nak membawa semua mereka ini dalam satu program merupakan amalan tahunan yang perlu dibuat unutk menggalakan perhimpunan berskala kecil tetapi memberi kesan positif yang boleh di ingati sampai bila bila... mungkin orang lain juga ada menganjurkannya, tapi hanya terhad kepada 'ahli-ahli' serta kumpulan tertentu sahaja. Namun gitu, kita harus hormatinya  kerana itu sudah menjadi regulasi yang harus dituruti oleh mereka. Lantaran ianya tidak pula bagi M4W,  yang senantiasa mahukan acara mereka ini dihadiri oleh 'orang luar' dengan cara pendekatan yang berbeza supaya kita lebih terbuka dalam melebar networking serta mengambil peluang untuk belajar dengan lebih baik bagi langsungan kepada memartabatkan silatulrahim ini.

Maaf lah...sebab program ini hanya dibuka kepada mereka yang dijemput sahaja...ini kerana kapasiti lokasi serta expenses yang digunakan sangat terhad...maka tunggulah apabila jemputan dibuat melalui panggilan telefon atau pun anda mungkin dijemput melalui FB..siapa tau..sebab anda juga penting..maka sama sama lah kita menyokong usaha ini...

Antara mereka yang sudah dijemput melalui panggilan telephone serta email secara rasmi dan event invitation dalam FB adalah : 

BukitChanggangGroup/LubukTrekker/SKOFF/KELAB4X4SELANGOR/PERWIP/PRIMA/MotorCrossSelayang/BatangKali4x4/JIBAuto/BuayaPuchong4x4/GunungOnline/KelabMountainBike/Pecah4x4/OGKL/ANSARA/RajaRimbaAdventure dan beberapa lagi yang belum memberi kepastian penyertaan mereka.

Terimakasih kepada semua yang sudi nak hadir...dan sudah tentu kepada penaja penaja yang selalu berkerjasama dalam apa jua keadaan.
Jumpa ya...nanti !

Tuesday, November 4, 2014

SUUNTO in Action..eksyenn ekk...!

Big with SUUNTO 
Tok Uban with SUUNTO


SUUNTO at the campsite



Lagong and SUUNTO

Jeff with SUUNTO

AllBlacks and SUUNTO

Cuci cuci SUUNTO 

Thursday, October 30, 2014

Weekend Offroad Warrior : Kem Sangka di Lata Chelir

Salam 4Wheelers untuk 4Wheelers...

Musim hujan..jom cari pasal..!! maka Kem Sangka @ Lata Chelir dijadikan lokasi hujung minggu yang perlu diisi dengan sesuatu yang mampu merangsang tenaga, akal dan jiwa. Sentap juga perasaan bila di sogok dengan cerita-cerita menarik tentang trek ini yang sekarang ibaratnya seperti 'favorite playground' untuk kaki offroad yang selalu sangat..memanjang saja dahagakan lokasi yang punya halangan semulajadi.




Lokasi ini  kita target bagi memenuhi agenda di dalam kolaborasi M4W dan Majalah LIBUR yang dituruti sebanyak 10 buah kenderaan yang sudah cukup untuk memberi kelangsungan idea percutian hujung minggu berperisa adventure...yang pasti mahu geli-geli katanya....! Dari Kuala Lumpur, kita susun kenderaan menuju ke Raub...hujan sepanjang perjalanan...ngatuk sudah pasti...nasib baik ada penyedap mata serta hawa telinga yang dapat membantu menyelesaikan perasan mengantuk didalam perjalanan..kudap-kudapan pun tak mampu menyengkang mata yang dah hampir kuyu...finally, kita sampai juga di laluan masuk ke Lata Chelir sekitar jam 2pagi...itupun selepas kami sudah mendapat kebenaran dari tuan yang punya lokasi..thanks 'Abah'...!

Dalam keadaan cuaca yang ketika ini sering disirami hujan berkadar kerap, tayar lipan pun kadang kadang tersasar untuk mencakar lantai hutan bagi mencari cengkaman. Ruts dan mudpool memang tersedia hidang untuk kita merasakan permainan disepanjang perjalanan. Suasana ekspedisi diwaktu malam memang mencabar, apatah lagi dengan keadaan yang penglihatannya terbatas. Runsing dan stress kadang kadang menghantui fikiran akibat suasana yang sebegitu. Namun ini semua sudah bisa tegal biasa, mula mula je risau...bila dah panas...tak dihirau langsung..






tandanya 'bagus'...!!

Secara keseluruhan, pertemuan dengan beberapa perkumpulan yang berlandaskan hobi yang sama, yang pada ketika itu turut berada dilokasi, serba sedikit mampu melebar networking sesama kita. Jangan sesekali lep[askan [eluang bertemu dengan rakan baru..apa lagi yang lama tapi sudah terpustus hubungan..begitu la hendaknya..

Agenda santai begini diharap dapat memantapkan offroading skills dan semangatnya yang sering digalas bahu individu yang bergelar Offroaders"...Jumpa lagi di trip yang akan datang..


Untuk foto lengkap, sila lawati: Facebook : Malaysian4Wheelers

Sunday, October 19, 2014

M4W : Weekend Offroad October Warrior...

October Warrior...!


For detail, please contact Malaysian4Wheelers..

Saturday, October 11, 2014

Lauk Baru : Lomak Cili Api Rainforest Challenge 2014

Salam 4Wheelers..

Katanya, RFC siri 2014 akan berlangsung tidak lama lagi...persiapan pun kini dah semakin rancak...serancak musim hujan yang melanda pantai barat ketika ini..kadang-kadang jerebu.

Melalui cakap cakap sebelah tepi, pasukan peninjau pun bakal atau sudah memasang langkah untuk menetapkan lokasi-lokasi surprise  yang sesuai untuk peserta memperagakan machine dan skills masing-masing. 

Paling istimewa, kali ini Negeri Sembilan telah dijadikan sandaran sebagai gelanggang mencetus kegoncangan 'isi perut' untuk menyaksikan kegarangan kapisiti jentera pacuan 4 roda bersama manusia yang mahu menentang alam. Hanya mereka yang bersedia dan 'hati kering' saja mampu menonjol dipersada podium antarabangsa ini.


Macam biasa, semua peserta tidak kira samada dari dalam mahupun luar negara mungkin sekarang sedang sibuk tak tidur malam kerana mahu mempersiapkan kenderaan masing masing. Tujuan sebagai petualang atau pun sebagai krew sokongan ataupun ada yang sekadar menempel, sudah pasti penampilan jentera mereka turut memerlukan sesuatu kekuatan yang mampu bertarung dengan suasana obstacle pada hari kejadian. Jangan lah cuba-cuba gatal kaki kalau tak cukup persiapan nanti nyusah kan orang..dan anda pulak akan jadi 'lauk' nanti...Inikan event taraf dunia..biar setanding walaupun sekadar jentera yang comel :)

laluan tentatif..barangkali..

Event tahunan yang sering melakar sejarah untuk Malaysia yang menjadi tonggak utama dalam penganjuran sukan ekstrem taraf 'world' ini akan membawakan sesuatu yang tidak akan mengecewakan semua.  Pertembungan kuasa alam semulajadi dengan kuasa jentera ciptaan manusia bakal mengegar tanah Adat Pepatih tidak lama lagi.....dan habislah semua cacing dalam tanah juga akan terperanjat keluar mencakar lantai hutan kerana terasa akan kehangatan dan gegarannya itu. Satu penghormatan juga kerana ini julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan yang di war war kan bakal menghidangkan obstacle tahap thrill yang paling Gaban atau Gilerrr ( kata orang sekarang...!)

Syabas kepada semua pasukan dengan dokongan serta gabungan tenaga yang mantap ini, ianya bakal  merealisasikan acara yang sangat dikagumi oleh pencinta sukan 4x4 seluruh dunia. 

Malaysian4Wheelers memang sering menyokong acara ini sebab ianya originated  dari Malaysia oleh orang Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana ianya memang untuk Malaysia...dan Malaysia memang Boleh..!! sesangattt bolehh...!! All the best untuk semua yang terlibat...

Sunday, September 21, 2014

KEMBARA DAKWAH MERDEKA 2014 : YELLOW CRUISER ADVENTURE


Salam Offroaders...!

Sambutan kemerdekaan tanahair kita yang ke 57 sememangnya menjadi tanggungjawab  rakyat Malaysia untuk menyambutnya. Tanpa mengira dimana lokasi serta keturunannya, kita sama sama meraikan semangat ini.


Bagi menyempurnakan sambutan Kemerdekaan tahun ini, peranan penting telah digalas oleh penggiat aktiviti 4x4 dikenali sebagai Yellow Cruiser Adventure, bergabung tenaga dengan Malaysian4Wheelers dan turut mendapat kerjasama Yayasan Al-Khalifah serta Majlis Agama Islam Pahang untuk melaksanakan 
tanggungjawab sosial kepada masyarakat Orang Asli telah diadakan pada 30hb Ogos hingga 1 September baru-baru ini.


Matlamat program yang dinamakan sebagai “Kembara Dakwah Merdeka Yellow Cruiser Adventure Trail 4” membawa mesej  keprihatinan mereka terhadap masyarakat Orang Asli yang berada disekitar POS Telanok, Cameron Highlands dengan menyalurkan sumbangan keperluan surau, pakaian, makanan dan keperluan dapur disamping memberi suntikan semangat cintakan tanahair serta mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan untuk mereka. Lebih istimewa lagi dalam agenda ekspedisi ini, satu majlis pernikahan pasangan Islam Orang Asli juga turut berlangsung yang dikendalikan oleh Juru Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands.
aktiviti sampingan 'kutip puntung rokok' dapat hadiah
Lokasi tepat ekspedisi kali ini adalah di Ulu Jelai yang kini sedang dalam proses pembinaan Loji Hidro, telah menempatkan semula beberapa buah kampung masyarakat Orang Asli ke kawasan yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas yang baik. Namun begitu masih ada perkampungan yang masih mundur dan perlu mendapat bantuan yang sewajarnya.  Di dalam keadaan cuaca yang hujan dan sejuk, peserta ekspedisi sudah dapat merasakan serba sedikit cabarannya sudah pun bermula. 

Perjalanan sambil diiringi doa mensasarkan beberapa penempatan dan di antara perkampungan yang sempat disinggahi sambil menghulur sumbangan oleh peserta konvoy adalah, Kampung Teji, Cheros, Tiat, Abu, Sg Lun, Susu, Pinang, Renglas, Terakit, Rening dan Senangkar.


Edaran sumbangan
Tok Batin Alen, dari Kampung Teji mengucapkan sangat berterima kasih atas kehadiran konvoy yang membawa sumbangan sejadah dan telekong untuk kegunaan Surau, serta serba sedikit makanan tambahan kepada mereka. Walaupun ianya sekadar makanan yang asas, itu tandanya masyarakat luar masih sudi untuk membantu keluarga Orang Asli yang jauh di pendalaman. Maklum saja, mereka memang menghadapi kesukaran untuk keluar ke pekan berhampiran yang jaraknya lebih 20km disamping masalah pengangkutan dan ditambah pula dengan keadaan jalan yang kurang selesa.
Telmatch dgn anak anak Orang Asli
Pak Mid sedang melayan anak anak 
Satu pengalaman baru bagi peserta ekspedisi yang belum pernah melihat sendiri bagaimana kehidupan seharian keluarga Orang Asli ini yang secara total bergantung penuh dengan sumber hutan sebagai punca pendapatan mereka. Usaha mereka mencari petai, ubi kayu serta ubatan herba harus dikagumi kerana ianya memerlukan kepakaran semulajadi yang mungkin sukar untuk kita memilikinya. Bagi mengekalkan sumber ini agar dapat dinikmati oleh mereka, kita sebagai masyarakat moden seharusnya ada kesedaran yang kuat untuk memantau penerokaan hutan yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini. Jika ini tidak dilakukan, maka hutan akan musnah, generasi akan datang tidak dapat menikmatinya, lebih lebih lagi masyarakat Orang Asli yang lebih rapat dengan alam semulajadi ini.

Ketua Ekspedisi, Abdul Hamid Sulaiman atau Pak Mid, menzahirkan rasa sempurnanya program tersebut yang berpusat di Kampung Rening adalah kerana sambutan penduduknya yang meriah dengan Jalur Gemilang terhias di sekitar kampung. Warga tempatan juga turut mengambil peluang untuk terlibat didalam pelbagai acara yang telah disediakan khas untuk mereka seperti solat berjemaah dan takzkirah serta sidang patriotik yang telah dipimpin oleh Ustaz Zulkifli, Imam Muda berketurunan Orang Asli yang diselang selikan dengan bahasa Semai di dalam penyampainya. Bagi menambah semangat Merdeka dikalangan generasi muda masyarakat pribumi ini, tayangan ‘wayang pacak’ juga disediakan sementara menunggu detik jam 12.00 malam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57.

Secara keseluruhan, ternyata sekali hasil pendekatan seperti ini sedikit sebanyak mampu mengubah persepsi masyarakat Orang Asli bahawa Hari Kemerdekaan ini hanya boleh disambut dibandar sahaja. Dengan adanya komuniti serta NGO yang prihatin, mereka sanggup menghabiskan cuti hujung minggu mereka untuk menyambutnya bersama masyarakat pribumi yang sememangnya menantikan suasana sambutan kemerdekaan yang jarang sekali dirasai.

Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta..!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57

 Untuk photo yg lebih banyak, sila lawati FB : Malaysian4Wheelers

Sunday, September 14, 2014

Sambutan Hari Raya Malaysian4Wheelers 2014

Salam 4Wheelers..

Selepas dinilai semula cadangan melalui "Private Message" serta sokongan sahabat handai yang tidak berbelah bagi, maka blogspot ini akan terus dipergiatkan untuk memenuhi cerita, berita serta scenario alam 4x4 di Malaysia yang semakin hari semakin meriah dengan kewujudan persatuan dan kelab yang hebat hebat belaka..tahniah dan terima kasih juga kerana menyokong M4W dari jauh..

konvoi menuju kelokasi yg dirahsiakan...! 

Didalam pada itu, berita 'terperap' kini di persiarkan untuk tatapan para pelawat yang setia disini.  Baru baru ini (ketika dibulan Syawal), sempat juga M4W menganjurkan Majlis Raya Sakan pada minggu ketika bulan tersebut. Gabungan penganjuran serta sambutabn secara perkongsian telah berjaya dilaksanakan dengan Che Sue sebagai 'Project Manager' untuk program tersebut.

Hidangan Istimewa dari Medklin...

Che Sue bagi duit Raya...!

Lazat hidangannya...

Persiapan untuk makan..!

Ahlil Musik yg menceriakan Hari Raya


Ini adalah yang julung kalinya diadakan selepas melihatkan komitment rakan2 sudah berada diperingkat yang sangat selesa, maklum saja..M4W ni bukan kelab yang berdaftar..tapi masih juga mampu untuk merelisasikan kemuncak acara ini berdasarkan semangat 4x4 yang tinggi. Seharusnya penanda aras seperti ini kena diambil kira serta dipergiatkan lagi untuk program-program yang akan datang. 

Majlis Raya Sakan ini telah diadakan di daerah Tg Malim, di dalam sebuah kebun persendirian milik sahabat kami yang hanya mahu dikenali sebagai Aidi. Lokasi ini memang bersih serta cantik dipenuhi dengan dusun buahan tempatan yang enak..dan terdapat sungai yang sesuai untuk anak anak serta keluarga bersantai. Dengan berpakaian lengkap berbaju Melayu dan Baju Kurung, acara menikmati hidangan istimewa Hari Raya khas untuk semua..memang Raya Sakan..!!

M4W dan Famili
Sebagai menghormati Tuan rumah, M4W turut menyediakan cenderamata sebagai tanda persahabatan dan terima kasih atas kesudian beliau membenarkan kami menggunakan kawasan kebunnya untuk program ini. Syabas dan Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini dan kesudian menaja banyak hidangan untuk menjamu semua yang hadir.

Terima kasih semua..moga kita jumpa for our next event...!

Monday, September 8, 2014

Goodbye to blogspot...!

Salam 4Wheelers..

Selepas penilaian serta pertimbangan dengan memantau selama hampir 2 bulan, kami sebagai pengendali blogspot Malaysian4Wheelers telah mendapati bahawa ruang ini sudah tidak menjadi pilihan para penggemar untuk singgah serta membaca isi catatan yang walaupun dibuat secara aktif. Mengikut statistik, pada setiap bulan, akan ada sekurang kurangnya dua article yang dikemaskini bagi tatapan pengunjung disini. Namun begitu pengunjungnya tidak segagah dulu..mungkin sekarang orang tak suka membaca...suka nengok photo saja...


Dalam diam, hari demi hari...hingga kini sudah hampir 10 tahun, para visitor semakin berkurangan mungkin kerana lebih selesa untuk singgah di Facebook : Malaysian4Wheelers yang lebih 'userfriendly' malah 'entertaining', sesuai dengan pengerakkan zaman sekarang yang mahukan sesuatu yang lebih pantas, efisyen serta menghiburkan.


Sebagai antara penyumbang kepada semangat 4x4 dikalangan pengemarnya di Malaysia, kami mendapati bahawa rakyat kita sudah sedar dan matang dalam menjalankan aktiviti mereka dengan selamat serta tidak merosakkan alam sekitar. Setidak-tidaknya, kami sudah pun membuka mata masyarakat yang komuniti 4x4 yang sangat prihatin kepada persekitarannya.
statistik visitor semakin merosot..


Tanggungjawab sudah dilaksana, dan atas sebab perlukan perubahan, maka dengan ini juga blogspot ini juga akan ditutup dan dibiarkan sahaja sehingga kami merasakan untu meneruskan perjuangan memberi pesanan, event updates serta apa saja berita tentang 4x4 yang kini lebih mudah untuk dilayar di FACEBOOK.


Terima kasih kepada anda yang selalu menyokong aktiviti Malaysian4Wheelers.

Kami masih menerima pandangan dan cadangan anda melalui email : malaysian4wheelers@gmail.com